.

Annyeonghaseyo chinggu. Welcome to my lovely blog. I love to shout everything about my ultimate bias. I also make some tutorial and freebies. Do visit me, leave your footstep in my cbox.

your cbox code here



© 2013 - Skins by Mayra and someone help me is Yasmin. Cute icon from Pixel and other from wana.
BAB 1 ~ ZAMAN KANAK-KANAK MENUJU DEWASA
Monday, February 25, 2013 - {0 Infinity}




Malam itu bintang tak kelihatan kerana diselaputi awan . Suasana perkampungan Masfalah yang terletak di kawasan tanah rendah kota Mekah sunyi sepi kerana penduduknya sedang tidur . Cuma Usman atau Abu Quhafah sahaja yang masih belum tidur . Dia cuba melelapkan mata namun masih belum terlena. Dia berasa kesunyian .

'' Kepada siapakah akan saya wariskan harta sekiranya tidak mempunyai anak lelaki ? '' Dia mengeluh sendirian .

Abu Quhafah baru sahaja pulang dari Yaman dengan membawa keuntungan yang banyak hasil daripada perniagaannya . Dia terkenal sebagai hartawan Quraisy . Dia dipandang mulia oleh kaumnya , Bani Tamim . Cuma satu kekurangannya kerana masih belum mempunyai anak lelaki .

'' Kita pernah mempunyai tiga orang anak lelaki tetapi semuanya meninggal dunia semasa kecil . Marilah kita berdoa kepada Tuhan semoga anak yang sedang saya kandung ini seorang lelaki dan umurnya dipanjangkan Tuhan , '' kata Salma , isteri Abu Quhafah .

'' Bagaimana sekiranya esok kita sama-sama pergi berdoa di hadapan Kaabah ? Semoga kita mendapat anak lelaki yang sihat dan panjang umurnya , '' kata Abu Quhafah mencadangkan .

'' Saya setuju . Semoga doa kita diperkenankan Tuhan , '' jawab Salma pula .

Keesokan harinya sebelum matahari terbit , Abu Quhafah dan Salma sudah berada di hadapan Kaabah . Mereka berdoa dengan penuh khusyuk dengan harapan doa mereka dimakbulkan .

'' Wahai Tuhan Kaabah , saya bernazar sekiranya mendapat anak lelaki , saya namakan Abdul Kaabah . Semoga Tuhan panjangkan umurnya . '' Salma berdoa dengan penuh pengharapan .

Doa Salma dimakbulkan Tuhan . Tidak lama kemudian , dia melahirkan seorang anak lelaki yang comel lalu diberi nama Abdul Kaabah seperti nazarnya . Salma menggendong anak yang baru dilahirkannya lalu dibawanya ke hadapan Kaabah .

'' Wahai Tuhanku , bebaskanlah anak ini daripada kemurkaanMu . Panjangkan umurnya dan berikan dia kepada aku , '' doa Salma .

Doanya dimakbulkan Tuhan . Anak lelaki itu terus membesar dengan sihat . ' 'Nama sebenar anak ini Abdul Kaabah tetapi mari kita panggil dengan nama gelarannya Abu Bakar . Semoga Tuhan panjangkan umurnya , '' kata Abu Quhafah .

Semenjak itu , orang ramai memanggilnya Abu Bakar yang membawa makna unta muda .
'' Pada malam kelahiran anak ini , saya bermimpi bintang jatuh di atas rumah kita , '' kata Salma sambil menyuruh suaminya mentafsirkan mimpi itu .

'' Apabila besar kelak , anak kita ini menjadi orang ternama . Tetapi lebih baik jangan diceritakan mimpi itu kepada sesiapa . Takut ada yang dengki lalu membunuhnya , '' kata Abu Quhafah sambil melahirkan rasa bimbang kerana bunuh membunuh sudah menjadi perkara biasa dalam masyarakat Arab jahiliah .

'' Abu Bakar dilahirkan dua tahun setengah selepas peristiwa tentera bergajah menyerang Mekah . Semoga dia menjadi pelindung Kaabah , '' kata Salma sambil mengangkat tangannya lalu berdoa .

'' Wahai Tuhan , semoga tentera bergajah dari Habsyah tidak datang lagi . Tetapi sekiranya mereka datang juga , ataupun ada tentera dari negara lain yang datang bagi meruntuhkan Kaabah , maka jadikanlah anak aku ini sebagai pahlawan yang menentang mereka , '' doa Salma dengan bersungguh-sungguh .

Dia memang berharap apabila besar kelak Abu Bakar menjadi pahlawan terkenal . Bukan sahaja penyelamat kaum Quraisy tetapi juga penyelamat Kaabah . Itu harapan Salma .

Perbualan mereka terhenti apabila didatangi seorang tetamu yang amat mereka hormat . '' Selamat datang wahai Abdul Mutalib . Kami amat gembira dengan kedatangan tuan yang pastinya membawa tuah kepada anak kami yang baru dilahirkan , '' kata Abu Quhafah sambil menyambut kedatangan tetamunya dengan gembira .  

'' Saya datang bagi mengucapkan tahniah kepada kamu kerana sudah mendapat anak lelaki . Semoga umurnya panjang dan apabila besar nanti , menjadi pahlawan Quraisy yang terbilang , '' kata Abdul Mutalib .

'' Terima kasih , tuan . Semoga doa yang baik itu dimakbulkan Tuhan , '' kata Salma dengan gembira .

'' Siapakah budak yang tuan bawa ini ? '' tanya Abu Quhafah sambil menunjuk ke arah seorang kanak-kanak lelaki yang dibawa oleh Abdul Mutalib .

'' Inilah cucu saya yang bernama Muhammad bin Abdullah . Ibunya bernama Siti Aminah . Sejak kecil anak ini dipelihara oleh ibu susunya yang bernama Siti Halimah . Dia tinggal di perkampungan Bani Sa'ad . 

Muhammad baru sahaja dihantar kepada kami , '' jawab Abdul Mutalib sambil menyatakan rasa gembiranya kerana cucu kesayangannya sudah dikembalikan oleh Siti Halimah kepadanya .

'' Anak ini sungguh comel dan baik budi pekertinya . Semoga dia menjadi sahabat kepada anak kami , Abu Bakar , '' kata Abu Quhafah pula .

'' Nama dia Muhammad . Satu nama yang belum pernah diguna oleh orang Arab. Mengapa dia diberi nama Muhammad ? '' tanya Salma pula .

'' Siti Aminah yang minta supaya anaknya dinamakan Muhammad . Katanya ada yang membisikkan ke telinganya supaya anak ini dinamakan Muhammad . Nama itu amat serasi dengannya , '' jawab Abdul Mutalib .
Kemudian katanya lagi , '' Ayah Muhammad sudah meninggal dunia . Ibunya pula balu yang miskin . Tetapi kasih sayang saya kepadanya melebihi anak sendiri . Pada hari dia dilahirkan , saya kendong budak ini lalu saya bawa masuk ke dalam Kaabah . Kemudian saya bawa dia tawaf mengelilingi Kaabah . Itulah hari yang paling menggembirakan hati saya , '' kata Abdul Mutalib sambil menceritakan detik-detik kelahiran Muhammad .

'' Apakah yang menyebabkan tuan begitu sayang kepada Muhammad ? '' tanya Abu Quhafah pula .

'' Pada hari Muhammad dilahirkan , suasana amat tenang dan tenteram . Hati saya terlalu gembira menyambut kelahirannya . Siti Aminah yang melahirkan anaknya pula tidak berasa sakit . Bidan yang menyambut kelahirannya terasa seperti dibantu oleh makhluk-makhluk ghaib , '' jawab Abdul Mutalib .

'' Muhammad lahir membawa tuah . Itu diakui sendiri oleh Siti Halimah , ibu susuannya , '' kata Abdul Mutalib lagi .

Menurut Abdul Mutalib , disebabkan Muhammad tidak mempunyai ayah dan ibunya pula miskin maka tidak ada yang sudi mengasuh dan menyusukan dia kecuali Siti Halimah . Itu pun selepas dia tidak mendapat bayi lain . Tetapi sebaik sahaja Siti Halimah melihat wajah Muhammad lantas dia berasa sayang lalu bersetuju mengambilnya sebagai anak susuan .

'' Menurut Siti Halimah , keajaiban yang mula - mula dialaminya apabila unta yang ditungganginya bersama Muhammad dapat berjalan pantas sehingga dapat mengejar unta - unta yang berjalan dahulu daripada mereka . Ini menimbulkan rasa hairan penunggang unta yang lain , bagaimana pula unta yang kurus kering dapat berjalan pantas dan mendahului mereka , '' kata Abdul Mutalib .

Kemudian katanya lagi , '' Kehidupan Siti Halimah dan keluarganya juga semakin senang dan bahagia semenjak Muhammad tinggal bersama mereka . Pohon-pohon kurma mereka berbuah lebat . Kambing yang mereka ternak membiak dan banyak susunya . Sedangkan ibu - ibu susuan lain , kehidupan mereka masih tidak berubah walaupun anak susuan mereka berasal daripada keluarga kaya . Ini membuatkan mereka memuji Muhammad yang menjadi anak susuan Siti Halimah . ''

Abu Quhafah dan Salma tertarik dengan apa yang diceritakan oleh Abdul Mutalib . Mereka juga berasa jatuh hati kepada Muhammad dan berharap kelak beliau bersahabat baik dengan Abu Bakar .
'' Menurut Siti Halimah , berlaku suatu peristiwa aneh kepada Muhammad . Sebab itu dia segera memulangkan Muhammad kepada kami , '' kata Abdul Mutalib .

'' Peristiwa aneh ? Boleh ceritakan kepada kami ? '' tanya Abu Quhafah .

'' Baiklah , saya ceritakan , '' jawab Abdul Mutalib .

Kemudian dia pun mengulangi semula apa yang sudah diceritakan oleh Siti Halimah . '' Ketika Muhammad sedang bermain dengan kawan-kawannya , tiba - tiba datang dua orang lelaki yang memakai serba putih . Mereka menangkap Muhammad lalu dibaringkan ke atas tanah . Kanak - kanak yang lain ketakutan lalu melarikan diri pulang ke rumah masing – masing . Anak Siti Halimah turut pulang ke rumah lalu mengadu kepada ibunya perkara yang dilihatnya . Siti Halimah berasa cemas lalu mengajak keluarganya mencari Muhammad . Apabila sampai mereka dapati Muhammad selamat seolah-olah tidak berlaku apa-apa kepadanya , '' cerita Abdul Mutalib .

Abu Quhafah dan Salma berasa hairan mendengarnya lalu bertanya , '' Apa yang lelaki itu lakukan kepadamu , wahai Muhammad ? ''

'' Mereka membelah dada saya lalu membasuh hati saya dengan air zamzam . Tetapi saya tidak berasa sakit , '' jawab Muhammad dengan jujur .

'' Bolehkah kita memeprcayai kata - kata Muhammad ? '' tanya Abu Quhafah .

'' Kanak - kanak tidak pandai berbohong . Lagipun kejadian itu dilihat oleh kanak - kanak lain . Mereka semua mengatakan melihat Muhammad ditangkap oleh dua lelaki lalu dibaringkan ke tanah . Sekali lagi saya katakan yang kanak - kanak tidak pandai bercakap bohong . Tambahan pula Muhammad diajar sentiasa bercakap benar . '' Jawapan Abdul Mutalib memuaskan hati Abu Quhafah .

Sejak hari itu , Muhammad dan Abu Bakar sering bertemu . Walaupun rumah mereka agak berjauhan kerana Abu Bakar tinggal di Masfalah dan Muhammad di Syiab Ali yang terletak di bahagian atas kota Mekah . Kadangkala Siti Aminah yang datang berkunjung ke rumah Salma membawa Muhammad . Pada hari yang lain, giliran Salma pula yang datang berkunjung ke rumah Aminah membawa Abu Bakar . Mereka mempunyai ikatan kekeluargaan yang rapat .

Tambahan pula hubungan keluarga antara mereka sudah rapat semenjak dahulu . Jurai keturunan Abu Bakar bin Abu Qahafah bin Amir bin Kaab bin Taim bin Murrah bin Kaab bin Luai bin Ghalib bin Fihir al – Tamimi . Jurai keturunan ibunya pula , Ummu al - Khair Salma binti Sokhr bin Amir bin Kaab bin Saad bin Taim bin Murrah .

Semenjak kecil Abu Bakar dan Muhammad diberi didikan dengan penuh kasih sayang . Mereka berkawan rapat . Tambahan pula kedua - duanya sama-sama berbudi pekerti mulia dan disenangi oleh masyarakatnya . Mereka berdua tidak pernah menyembah berhala , meminum arak dan melakukan maksiat yang biasa dilakukan oleh masyarakat Arab jahiliah .

'' Saya tidak meminum arak demi menjaga kehormatan diri dan maruah saya . Sesungguhnya mereka yang meminum arak itu hanya merosakkan akal dan nama baiknya . '' Demikian jawab Abu Bakar apabila ditanya mengapa beliau tidak minum arak .

Selain Abu Bakar dan Muhammad , terdapat tiga orang lagi yang tidak pernah menyembah berhala . Mereka ialah Qas bin Saidah al - Yadi Zaid bin Amir bin Nufail dan Waraqah bin Naufal . Tiga orang tua itu masih berpegang kepada agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim . Daripada merekalah Abu Bakar mendapat tahu Allah akan mengutuskan seorang nabi di kalangan mereka .

'' Wahai Muhammad , di kampung seberang diadakan keramaian . Ada tarian , nyanyian dan pelbagai hiburan . Mahukah kamu sekiranya saya ajak pergi ke sana ? '' tanya Abu Bakar .

Disebabkan tidak sampai hati hendak menghampakan harapan sahabat baiknya , maka Muhammad bersetuju menerima pelawaan itu . Mereka berjalan kaki dengan sekumpulan anak muda ke kampung seberang . Di pertangahan jalan , Muhammad berasa sangat mengantuk . Beliau mengajak Abu Bakar berhenti rehat di bawah sepohon kurma .

Kemudian Muhammad tertidur lena . Abu Bakar tidak sampai hati hendak mengejutkannya . Beliau membiarkan sahabat baiknya itu tidur nyenyak sehingga menjelang petang . Apabila Muhammad terjaga , pesta keramaian itu sudah selesai dan orang ramai sudah pulang ke rumah masing – masing .





Abu Bakar menamatkan zaman bujangnya dengan mengahwini gadis pilihannya bernama Qatilah binti Saad . Pada hari perkahwinan mereka, ramai tetamu yang datang termasuk wanita bernama Khadijah binti Khuwalid .

'' Wahai Khadijah , kamu wanita yang kaya dan mempunyai rupa paras yang cantik . Ramai lelaki yang mahu menjadikan kamu isterinya . Pilihlah mana-mana yang berkenan di hati bagi dijadikan suami , '' kata Qatilah. Kedua-duanya bersahabat baik .

'' Saya sudah dua kali berkahwin tetapi gagal . Kedua-dua lelaki itu berkahwin dengan saya kerana harta . Bukan kerana cinta dan kasih sayang . Oleh itu , saya takut hendak bersuami lagi , '' kata Khadijah berterus terang .
'' Pilihlah lelaki yang baik seperti suami saya . Kelak hidupmu bahagia , '' pujuk Qatilah .

Khadijah berpaling ke arah Abu Bakar lalu bertanya , '' Wahai Abu Bakar , masih adakah lelaki yang baik seperti kamu di kalangan kaum Quraisy ? ''

Abu Bakar tersenyum lalu menjawab , '' Saya mempunyai sahabat bernama Muhammad . Dia lebih baik daripada saya . Kami bersahabat semenjak kecil . Kami pernah sama-sama pergi berniaga hingga ke Syam . ''
'' Boleh kenalkan saya dengan Muhammad ? '' Khadijah mula tertarik hati dengan lelaki yang dikatakan oleh Abu Bakar .

'' Dia pemuda yang pemalu . Tidak bebas pergaulannya . Tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah meminum arak . '' Kata - kata Abu Bakar membuatkan Khadijah semakin tertarik kepada Muhammad .
Semanjak hari itu , Khadijah mula tertarik hati mahu mengenali pemuda yang bernama Muhammad . Dia mencari ikhtiar supaya dapat bertemu dengan pemuda itu .

Sekali lagi Khadijah menemui Abu Bakar . '' Saya memerlukan pekerja yang rajin, jujur serta elok kelakuannya . Boleh kamu tolong carikan supaya dapat membantu saya dalam perniagaan ? '' tanya Khadijah .
'' Boleh kamu suruh dia berjumpa saya pada hari ini juga ? '' pinta Khadijah.

'' Mengapa tergesa - gesa ? '' tanya Abu Bakar pula .

'' Barang - barang dagangan saya sudah siap bagi dibawa ke Syam . Sebab itu saya memerlukan pembantu yang dapat dipercayai bagi membawa barang - barang perniagaan itu , '' jawab Khadijah .
' 'Kamu pulanglah ke rumah dahulu . Petang nanti saya datang bersama Muhammad . '' Kata-kata Abu Bakar itu mengembirakan hati Khadijah .

Petang itu seperti yang dijanjikan , Abu Bakar membawa Muhammad datang ke rumah Khadijah . Apabila terpandang sahaja wajah MuhammadKhadijah mula tertarik hati . 

'' Wahai Muhammad , mahukah kamu sekiranya saya berikan amanah membawa barang - barang dagangan saya ke Syam bagi diniagakan ? '' tanya Khadijah .

Muhammad mengangguk kepala tanda bersetuju menerima tawaran itu . '' Sahabat saya Muhammad , orang yang jujur dan amanah. Dia tentu membawa keuntungan yang banyak kepadamu , wahai Khadijah , '' kata Abu Bakar pula .

'' Sekiranya dia bersetuju maka saya sanggup memberikan upah dua kali ganda. Pemergiannya nanti ditemani oleh pembantu saya yang bernama Maisarah , '' kata Khadijah.

'' Mengapa puan tidak turut serta ? '' tanya Abu Bakar pula .

' 'Saya ada urusan lain yang lebih mustahak . Sebab itu saya wakilkan kepada Muhammad bagi memperniagakan barang-barang saya , '' jawab Khadijah .

'' Saya juga tidak pergi ke Syam kali ini kerana baru sahaja melangsungkan perkahwinan . Saya yakin Muhammad pulang membawa keuntungan yang banyak , '' balas Abu Bakar pula .

Kemudian Abu Bakar dan Muhammad pulang ke rumah mereka .

Khadijah terus memanggil Maisarah . '' Saya arahkan kamu menemani Muhammad membawa barang - barang dagangan ke Syam . Tugas kamu adalah memerhatikan tingkah laku Muhammad . Apa yang dilakukannya sepanjang perjalanan pergi dan balik . Apa yang dilakukan semasa berada di Syam , Siapa orang yang dihubunginya dan apa kata orang kepadanya , semuanya hendaklah kamu laporkan kepada saya tanpa ada satu perkara pun yang di sembunyikan , '' kata Khadijah .

'' Baiklah , puan . Saya berjanji memerhatikan setiap masa dan melaporkan semuanya kepada puan , '' janji Maisarah pula .

Bagi Khadijah itu adalah satu ujian buat Muhammad . Sekiranya Muhammad lulus dalam ujian itu maka Khadijah boleh menaruh harapan yang tinggi kepada Muhammad . Tetapi sekiranya gagal , maka dia bercadang melupakan sahaja keinginan mahu bersuami . Dia terpaksa melakukan ujian itu supaya tidak dikecewakan lagi oleh suaminya . Sekiranya dia berkahwin kali ketiga , maka bakal suaminya perlulah lebih baik daripada suaminya yang terdahulu .

Sebelum Muhammad berangkat ke Syam , Abu Bakar sempat bertemu dengannya . '' Wahai Muhammad Khadijah menaruh harapan tinggi padamu. Jangan sia-siakan harapannya. Saya doakan semoga selamat pergi dan balik dengan membawa keuntungan yang menggembirakan Khadijah , '' pesan Abu Bakar .
Tidak lama kemudian , Muhammad dan Maisarah pulang dari Syam . Abu Bakar dan Khadijah menyambut kepulangan mereka sambil bertanya pengalaman mereka memperdagangkan barang-barang Khadijah di Syam .

'' Sesungguhnya banyak perkara ajaib sepanjang perjalanan kami ke Syam , '' kata Maisarah memulakan ceritanya .

'' Sepanjang perjalanan pergi dan balik kami dilindungi oleh awan . Dengan itu kami tidak mengalami kepanasan. Pernah suatu hari , kami terpisah daripada kabilah yang kami ikuti . Awan itu memayungi kami tetapi tidak kabilah yang terpisah dengan kami . Ini menyebabkan orang ramai berasa hairan lalu mengatakan itu semua adalah sihir Muhammad , '' kata Maisarah.

'' Benarkah dia tukang sihir ? '' tanya Khadijah pula .

'' Sesungguhnya saya mengenali Muhammad sejak kami kecil . Saya lebih mengetahui keadaan dia daripada orang lain . Muhammad bukan ahli sihir dan tidak pernah mempelajari ilmu sihir , '' jawab Abu Bakar .

'' Tetapi , bagaimana dia dapat menyuruh awan melindungi sepanjang perjalanan ? '' tanya Khadijah pula .
Bagi Khadijah , sekiranya benar Muhammad ahli sihir , dia tidak mahu berhubung lagi dengannya . Baginya tukang sihir antara manusia yang tidak harus dipercayai .

'' Saya tidak tahu jawapannya . Tetapi saya akan berusaha mencari jawapannya . Cuma pada pendapat saya , ahli sihir tidak mampu menyuruh awan memayunginya , '' jawab Abu Bakar .

'' Ada lagi perkara pelik yang kamu alami sepanjang perjalanan ke Syam ? '' tanya Khadijah kepada Maisarah .

''Wahai puan, apa yang mahu saya cerita ini mungkin dapat menjawab persoalan mengapa awan sentiasa memayungi kamu sepanjang perjalanan,'' jawab Maisarah.

Menurut Maisarah , kabilah yang mereka tumpang berhenti rehat berhampiran dengan sebuah gereja itu keluar apabila melihat awan melindungi Muhammad yang sedang rehat . Kemudian paderi itu menyuruh orang menyediakan jamuan lalu menjemput semua anggota kabila itu masuk ke dalam gereja . Tetapi Muhammad tidak mahu masuk .

'' Masih adakah anggota kabilah yang belum masuh ? '' tanya paderi itu .

' 'Semua sudah masuk kecuali pemuda bernama Muhammad , '' jawan ketua kabilah itu .

Paderi itu keluar lalu menjemput Muhammad masuk ke dalam gereja bagi bersama menikmati makanan yang disediakan . Apabila Muhammad masuk ke dalam gereja , maka awan itu beralih tempat memayungi kawasan gereja .

'' Apa yang terjadi selepas itu?'' tanya Khadijah .

'' Paderi itu bertanya perihal diri Muhammad . Jawab Muhammad , dia berbangsa Arab Quraisy daripada suku Bani Hasyim . Kemudian paderi itu meminta Muhammad membuka bajunya bagi melihat satu tanda pada rusuk kanannya , '' jawan Maisarah .

'' Apa terjadi selepas itu ? '' tanya Khadijah lagi .

'' Paderi itu berkata , sesungguhnya dia adalah nabi yang terakhir , '' jawab Maisarah .

'' Di kalangan masyarakat Arab Quraisy , Muhammad yang paling baik kelakuannya . Oleh itu , sememangnya layak sekiranya dia menjadi nabi , '' kata Abu Bakar .

'' Memang benar Muhammad memiliki sifat terpuji . Sepanjang perjalanan dia tidak pernah menyentuh saya . Malah dia menjaga keselamatan saya sepanjang perjalanan sehingga kembali ke Mekah . Saya tidak pernah berjumpa lelaki sepertinya , '' puji Maisarah pula .

Kemudian katanya lagi , '' Semasa kami berniaga di Syam , orang ramai lebih suka membeli barang - barang jualan kami kerana Muhammad bersikap ramah , jujur dan disenangi oleh pembeli. Dengan ini semua barang yang kami bawa habis dijual dengan keuntungan yang berlipat kali ganda . ''

'' Wahai Abu Bakar , saya mengucapkan terima kasih kerana memperkenalkan saya dengan Muhammad . Sesungguhnya dia lelaki pilihan saya , '' kata Khadijah 


Post a Comment

.